Hanyalah sebuah coretan

Beritau Pada Muslimah Itu !

Beritau pada muslimah itu,
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris
dihantuk serpih
dihempas berkecai

Beritau pada muslimah itu,
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci
terlalu rendah dipijak pula
cakap sombong mengundang lawan
hati-hati meluah kata
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

Beritau pada muslimah itu,
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya disitu
jangan meluru ikut telunjuk nafsu
sesekali tersilap langkah
akan dihukum selamanya
keturunan dicerca payah
menyesal kemudian bukan faedah

Beritau pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi
juga lambang bangsa
di mana dan dalam macam manapun
biar orang kenal dia orang ISLAM

Beritau pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu
sebahagian dari iman.

Advertisements

2 responses

  1. suka sajak ni.. nanti nak bawa untuk usrah sahabat2 saya

    August 7, 2011 at 5:08 am

  2. sila2,moga bermanfaat

    August 7, 2011 at 12:22 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s